Assalamualaikum dan dalam sejahtera....
Setelah sekian lama berhasrat untuk menerbitkan buku khusus gerak kerja pengurusan belakang tabir, akhirnya pada tahun ini 2022, buku tersebut dapat direalisasikan. Bermacam-macam isu yang timbul sehingga menyebabkan penerbitan buku tersebut tertangguh.
Oleh itu, penulisan saya kali ini adalah untuk memberikan sedikit ulasan terhadap kepentingan buku bertajuk "PENGURUSAN ARTISTIK SENI PENTAS" yang ditulis oleh saya sendiri.
Saya perjelaskan beberapa perkara penting berkaitan dengan penerbitan buku tersebut.
1) Buku tersebut merupakan buku terbitan pertama di Malaysia dan berbahasa Melayu yang membincangkan tentang selok-belok pengurusan artistik seni pentas secara holistik yang menampilkan kepelbagaian ilmu serta kemahiran tenaga kerja artistik belakang tabir.
2) Data-data dalam buku tersebut juga dibincangkan secara komprehensif berdasarkan maklumat yang didapati hasil daripada kajian lapangan terhadap kakitangan Istana Budaya yang terlibat secara langsung iaitu di Bahagian Produksi, Bahagian Senireka dan Bahagian Teknikal.
3) Kandungan buku tersebut membincangkan peranan semua bahagian tenaga kerja di belakang tabir ketika menjayakan sesuatu produksi seperti proses Pra-Produksi (Pre-Production), Proses Produksi (Production Process), Minggu Produksi (Production Week) dan Pasca-Produksi (Post-Production).
4) Pada saya buku tersebut amat sesuai dibaca, difahami serta dipraktikkan oleh semua lapisan masyarakat sama ada pelajar pengurusan seni, pensyarah pengurusan seni, penggiat seni (kerajaan, swasta dan NGO).
5) Jika berminat dan ingin memiliki buku tersebut anda boleh hubungi saya di 019-3791957 (whatsapp) atau email di zulrashid@aswara.edu.my
HARGA BUKU TERSEBUT: RM32.00
TERIMA KASIH KEPADA YANG TELAH MEMILIKI BUKU TERSEBUT..SELAMAT MEMBACA DAN SEMOGA BERMANFAAT!!!
0 Comments