TEORI PENGURUSAN HENRI FAYOL (1841-1925) - APLIKASI DALAM PENGURUSAN SENI - Back Stage Call

TEORI PENGURUSAN HENRI FAYOL (1841-1925) - APLIKASI DALAM PENGURUSAN SENI

 

Henri Fayol (1841-1925)
                                                                       


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Topik yang ingin saya bincangkan kali ini adalah berkaitan dengan amalan pengurusan yang kita amalkan secara harian samada kita  menggunakan teknik apa atau tidak ada teknik pun tidak mengapa asalkan kita tahu apa yang kita buat. Walaubagaimanapun, saya percaya pada akhirnya kita akan tahu bahawa kita sebenarnya telah menggunakan suatu teknik yang terbaik pada fikiran kita khususnya dalam menentukan kejayaan yang kita harapkan. Cuma, samada kita sedar atau tidak bahawa kita sebenarnya telah mengamalkan satu teknik atau teori pengurusan. 

Untuk itu, tajuk "TEORI PENGURUSAN HENRI FAYOL (1841-1925) - APLIKASI DALAM PENGURUSAN SENI" akan membincangkan bagaimana kerja-kerja pengurusan seni boleh diamalkan secara maksimum berdasarkan teori Henri Fayol bagi  menjayakan aktiviti kesenian.  

Sebelum itu siapa Henri Fayol?

Henri Fayol adalah terkenal dengan panggilan "Bapa Pengurusan"  yang dilahirkan di Constantinopel (Istanbul) pada tahun 1841 dan berkerja di France (Perancis) sejak berumur 19 tahun sebagai seorang Engineer. Beliau meninggal dunia pada tahun 1925. Ketika bertugas sebagai Engineer beliau telah memperkenalkan satu teori pengurusan yang sangat berkesan dan telah membantu menguntungkan syarikat perlombongan tempat kerjanya yang ketika itu mengalami kerugian. 

Kenapa Henri Fayol bukannya tokoh lain?

Sebenarnya kita boleh sahaja merujuk kepada tokoh pengurusan yang lain selain daripada Henri Fayol seperti Frederick Winslow Taylor (1856-1915). Teori Winslow lebih menumpukan kepada Pengurusan Saintifik (Scientific Management). Teori pengurusan saintifik adalah menfokuskan kepada memotivasikan individu atau pekerja bagi mencapai kejayaan yang ingin dicapai serta bagi meningkatkan produktiviti. Hal ini telah menjadi amalan pengurusan hari ini yang melibatkan proses pembangunan S.O.P perkerjaan, memilih pekerja yang bersesuaian dengan kemahiran dan kelayakan, latihan dalam perkerjaan dan bantuan perkerja. 

Tedapat satu lagi teori pengurusan yang popular iaitu Teori Pengurusan Birokrasi (Bereaucratic Management) yang diilhamkan oleh Max Weber (1864-1920). Max Weber telah memperkenalkan sistem pengurusan birokrasi (bureaucratic management) yang menekankan kepada peranan sesebuah organisasi, pengurusan hariki, menentukan bahagian atau unit perkerja, prosedur operasi standard serta tugas dan tanggungjawab.

Bagi menyesuaikan dengan kerja-kerja pengurusan seni, saya memilih teori yang dipopularkan oleh Henri Fayol kerana beliau memfokuskan kepada Pengurusan Pentadbiran (Administrative Management) yang mana memfokuskan kepada lima perkara iaitu perancangan (planning), pengorganisasian (organizing), kepimpinan (commanding), penyelarasan (coordinating) dan pengawalan (controlling). 

Perbincangan tentang corak atau gaya pengurusan yang terbaik dalam apa jua perkerjaan menjadi topik yang terlalu subjektif untuk disahkan  yang mana betul dan yang mana salah. Pada saya tidak kira apa pun teori yang ingin kita pakai asalkan ia dapat memberikan kebaikan atau kejayaan terhadap objektif yang telah ditetapkan. 

Sesetengah individu mengamalkan gerak kerja pengurusan berdasarkan logik yang beliau fikirkan setelah mengambil kira pengalaman yang beliau lalui dalam kehidupan (tacit knowledge). Ada sesetengah pihak pula mengambil panduan pengurusan daripada orang yang telah berjaya sebagai panduan dan terus mengamalkannya. Terdapat juga individu yang mendalami ilmu pengurusan secara formal samada melalui pengajian tinggi atau berkursus secara jangka pendek dan sederhana. 

Jika ilmu yang diperoleh secara formal, saya percaya seseorang itu telah melalui satu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berstruktur yang memberikan ruang dan peluang kepada individu tersebut menerima ilmu samada teori dan praktikal secara tersusun. Walaupun ilmu tersebut belum terbukti di lapangan, namun individu tersebut lebih terarah dalam menangani sesuatu masalah atau isu pengurusan yang timbul. Tetapi, jika sesorang itu mengamalkan sesuatu teknik pengurusan berdasarkan pengalaman semata-mata, hal ini sedikit sebanyak akan membantutkan proses penyelesaian masalah secara berkesan lebih-lebih lagi permasalahan yang komplikated. 

Dalam gerak kerja pengurusan tidak ada istilah "Buat Dahulu Fikir Kemudian". Sepatutnya "Fikir Dahulu dan Fikir Kemudian". Ini bermaksud, dalam hal pengurusan terdapat sistem yang teratur yang harus dipatuhi bagi setiap permulaan apa-apa perkerjaan. Dalam teori pengurusan Henri Fayol, semua peringkat dalam proses pengurusan adalah penting dan saling kebergantungan antara satu sama lain. Semua proses memainkan peranan masing-masing dalam memastikan objektif sesuatu projek atau program itu tercapai. 

Jika kita merujuk kepada proses pengurusan sesebuah produksi seni, kita selalu mengaitkan dengan beberapa siri proses pengurusan produksi seperti Pra-Produksi, Proses Produksi, Proses Minggu Produksi dan Proses Pasca-Produksi. Dalam hal ini, kesemua proses-proses tersebut adalah amat berkait rapat dengan teori yang dipopularkan oleh Henri Fayol

Rajah dibawah menunjukkan bagaimana hubungkait itu berlaku dan aplikasinya dalm konteks pengurusan seni. 


Konsep Pengurusan Seni Adaptasi Daripada Teori Henri Fayol (1841-1925)
oleh: Zulrashid Zukifli



Berdasarkan rajah Konsep Pengurusan Seni Adaptasi Daripada Henri Fayol (1841-1925) diatas, saya yakin bahawa setiap individu yang terlibat dalam kerja-kerja pengurusan seni mampu mengaplikasikan teori pengurusan tersebut dengan lebih berkesan lagi sekaligus dapat meningkatkan lagi kerancakan industri kreatif negara. 

Rajah diatas sekadar memberikan panduan asas perbandingan antara proses pengurusan seni atau produksi berbanding dengan proses pelaksanaan kerja menggunakan sistem pengurusan Henri Fayol. Hal ini perlu diperincikan lagi bagaimana untuk mengamalkan lima (5) teori pengurusan Henri Fayol iaitu perancangan (planning), pengorganisasian (organizing), kepimpinan (commanding), penyelarasan (coordinating) dan pengawalan (controlling). 

Dalam aspek lain, konsep pengurusan yang telah saya adaptasikan ini juga dapat diaplikasikan dalam apa sahaja bentuk pengurusan perkerjaan yang lain selain daripada industri kreatif dengan melakukan pengubahsuaian terhadap bidang perkerjaan yang anda jalankan.  


Post a Comment

0 Comments